rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday 7 November 2012

Program 2 Hari 1 Malam--SAM Parit Baru



..SAM Parit Baru..

Dapat menjejakkan kaki ke sekolah Agama menengah Parit Baru memberikan pengalaman yang sangat berharga dalam diri ini. Sekolah inilah juga yang menjadikan aku terfikir bahawa kesenangan tidak hadir secara bergolek kerana kami telah mengalami laluan sukar untuk mendapatkannya. Sekolah ini kami dapat seminggu sebelum berlangsungnya program.

Alasan kelewatan mendapat persetujuan daripada sekolah ini kerana kami terlebih dahulu memilih sekolah Menengah Dato’ Harun namun permintaan kami tersebut ditolak dengan berbagai-bagai alasan. Sebelum mendapat sekolah SAM Parit Barulah kami telah cuba mencari maklumat sekolah di dalam internet dan seterusnya menghubungi pihak sekolah tentang tujuan kami. Kebanyakan tidak dapat menerima pelawaan kami kerana memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan seperti musim peperiksaan, program sekolah yang sedia dan sebagainya. Sedikit demi sedikit aku semakin memahami alasan pihak sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun yang menafikan kunjungan kami kerana kebanyakan sekolah yang kami hubungi juga menyatakan perkara yang sama.

..SMK Dato' Harun..

Sebelum menerima sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah SAM Parit Baru, aku dapat mempelajari banyak perkara. Itu belum dikira dari segi pelaksanakan program. Aku semakin memahami akan tujuan kursus ini disertakan dalam silibus semester 5 Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Banyak perkara yang berlaku berkaitan dengan konsultasi yang bermula seawal hal pengurusan surat-menyurat. Kemesraan berkunjung ke pejabat fakulti jelas dapat dilihat kerana kami terpaksa turun dan naik ke sana selama dua minggu untuk mendapatkan surat yang dikeluarkan oleh pihak universiti untuk diberikan kepada pihak sekolah. Bukan semudah yang disangka untuk mendapatkan surat tersebut kerana kami terpaksa menunggu beberapa hari untuk mendapatkan surat yang lengkap ditandatangani oleh dekan fakulti. Kesibukan pihak fakulti juga kadang-kala menafikan hak kami yang mahukan sesuatu secara terburu-buru.

..pejabat fakulti..

Setelah mendapatkan pengesahan daripada kaunselor SAM Parit Baru akan kadatangan kami melalui telefon, kami merasakan lebih elok untuk bertemu mata agar menampakkan keseriusan dari pihak kami untuk melaksanakan program, lagipun aku merasakan perkara itu sepatutnya terkandung dalam perancangan kami kerana kursus inilah yang menuntut kami mengenal erti konsultasi. Sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju, kami beberapa kali tersesat kerana masing-masing baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Sesampainya di sekolah tersebut, kami di sambut ceria oleh guru bimbingan dan kaunseling sekolah iaitu Puan Zuraini yang sedia menunggu di bilik kaunseling.

..Pn. Nor Zuraini..

Keadaan bilik kaunseling yang menjadi tempat berbincang itu menggambarkan keadaan aku apabila berpraktikum dan berposting (insyaALLAH). Inilah perasaan aku pada ketika itu. Lagi pun beberapa pelajar yang ingin berjumpa dengan kaunselor tersebut atas urusan sedikit sebanyak menyuntik perasaan aku apabila berdepan dengan pelajar yang bermacam-macam masalah dan tingkah laku. Menurut Puan Zuraini juga, tempat yang kami berbincang itulah tempat yang selalu digunakan untuk mengadakan sesi kaunseling individu mahu pun kelompok. Aku mula berfikir tentang suasana yang terapeutik dalam bilik kaunseling...emm aku mula mengulam rasa.

..keadaan bilik kaunseling..


Setelah mengambil masa lebih kurang satu jam, kami dibawa berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah iaitu Puan Laila yang merangkap Penolong Kanan Akademik. Kami berasa bertuah kerana pihak mereka begitu berbesar hati menerima kedatangan kami yang mana natijahnya membawa nilai tambah bukan dari pihak kami semata-mata namun juga terpalit sama kepada pelajar-pelajar atau sasaran kami itu sendiri. Selain itu, kegembiraan kami juga semakin terpancar sinarnya kerana Puan Laila bertanyakan mengenai penginapan yang bakal kami diami. Kami mampu melebarkan senyuman kerana beliau menawarkan rumah warden yang terletak bersebelahan dengan bangunan asrama.

..rumah warden..

 Setelah mendapat keizinan melihat keadaan atau tempat yang bakal kami melaksanakan program, kami pulang dengan harapan hari yang ditunggu-tunggu nanti berjalan dengan lancar. Hanya doa menjadi teman rapat ketika ini kerana usaha itulah yang termampu kami lakukan.

Hari yang telah kami rancangkan kini telah tiba. Di awal perjalanan lagi kami mengharapkan semoga perjalanan program kami berjalan dengan lancar walaupun kami tahu laluan yang mudah dan senang itu belum menjadi milik kami. Seperti  yang diketahui, perjalanan memakan masa selama lebih kurang satu jam lebih tidak kami sia-siakan kerana sepanjang tempoh itu kami masih lagi membincangkan slot-slot yang bakal kami laksanakan. Hal ini kerana inilah pengalaman pertama kami untuk mengadakan program yang mana kami sendiri yang mengendalikan sepenuhnya tanpa melibatkan fasilitator tambahan. Kami akui ada kekangan untuk mendapatkan fasilitator tambahan dan ini tidak bermakna menghalang keyakinan kami untuk meneruskan perjuangan melangsungkan program tersebut.

..baju program..


...name tag kami berlima..

Setelah sampai di sekolah tersebut, kami disambut ceria oleh ketua asrama iaitu Ezaida. Dalam fikiranku, mungkin dia dah lama menunggu kedatangan kami. Rumah yang dimaksudkan itu sangat selesa dan luas. Kemudian kami di jemput untuk menikmati makan malam yang sudah sedia terhidang dalam rumah tersebut.

..Alhamdulillah..sesampainya kami..

..bersama ketua asrama yang sedang menyambut kami ketika ini..


..hidangan yang menyelerakan turut menanti suapan dari kami..terharu..!


23/10/2012
7.30pg

Keluarnya kami pada pagi itu dengan penuh keazaman agar program berjalan seperti yang diharapkan..

..Gantung banner

Pada hari pertama kami mengendalikan program, kami berjumpa terlebih dahulu dengan Ustaz yang menggantikan Cikgu Zuraini yang tidak dapat berjumpa dengan kami sepanjang program kerana ada urusan. Sebelum memulakan sebarang aktiviti pada hari itu, Ustaz Jalil terlebih dahulu memberi sedikit kata-katanya terhadap pelajar Tingkatan tiga yang berkumpul di dalam surau. Selepas itu, bermulalah aktiviti dengan ice breaking. Walaupun pelajar yang datang tidak mencukupi seperti yang telah dimaklumkan namun kehadiran mereka pada waktu itu sedikit sebanyak mendebarkan. Terfikir tentang penerimaan kami, komitmen yang diberikan dan macam-macam lagi. Apa pun program tetap di teruskan. Setelah itu semua fasilitator memperkenalkan diri. Pada awalnya kami dah terfikir untuk melakukan yang terbaik semasa slot ice breaking kerana 1ST impression dalam kalangan peserta sangat penting dalam meneruskan aktiviti yang lain.

..ustaz sedang memberikan taklimat ringkas..

..pelajar lelaki..

..pelajar perempuan..

Sesi Ice breaking bermula di luar kawasan sekolah seperti yang telah dirancang. Sebanyak dua aktiviti yang dilakukan iaitu Together We Strong dan Kamu Ahli Syurga. Aktiviti tersebut sedikit sebanyak melegakan kami setelah melihat keadaan para peserta yang mempamerkan wajah ceria. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan slot yang kedua iaitu Versus. Melalui aktiviti ini, dapat dilihat para peserta dapat memberikan komitmen masing-masing walau pun masalah tidak mempunyai kain penutup mata tidak menjadi masalah yang besar. Kertas A4 menjadi pengganti kepada kain penutup mata pada hari itu. Selepas itu para peserta dibenarkan untuk rehat seperti dalam jadual persekolahan mereka.


..elok-elok sambut, nanti pecah..


Sesi Ice breaking bermula di luar kawasan sekolah seperti yang telah dirancang. Sebanyak dua aktiviti yang dilakukan iaitu Together We Strong dan Kamu Ahli Syurga. Aktiviti tersebut sedikit sebanyak melegakan kami setelah melihat keadaan para peserta yang mempamerkan wajah ceria. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan slot yang kedua iaitu Versus. Melalui aktiviti ini, dapat dilihat para peserta dapat memberikan komitmen masing-masing walau pun masalah tidak mempunyai kain penutup mata tidak menjadi masalah yang besar. Kertas A4 menjadi pengganti kepada kain penutup mata pada hari itu. Selepas itu para peserta dibenarkan untuk rehat seperti dalam jadual persekolahan mereka.

..aikk, kenapa di bawah masih nampak..

..emm..sedapnya..

..err.. bulat.. bulat..

..hasilnya..

Semasa menungu ketibaan mereka berlaku kejadian diluar jangkaan kami di mana seorang  pak cik selaku pengawal yang berkawal di sekolah tersebut datang menerjah kami dan memberitahu dengan nada yang agak tinggi. Kami yang sedang menunggu kehadiran peserta pada waktu itu terkejut dengan kehadirannya walhal kami sendiri pun tidak menyangka perkara itu juga kami yang sepatutnya dipersalahkan. Pak cik tersebut menyatakan kekesalannya terhadap kami seolah-olah menafikan peranannya untuk dimaklumkan lebih awal kerana tanggungjawab yang dipikulnya amat berat sekiranya sesuatu yang  terjadi terhadap pelajar. Ini kerana ia melibatkan luar kawasan sekolah. Wajah pak cik itu menampakkan ianya sangat berang dengan tindakan beberapa pelajar yang kurang ajar dengannya. Selepas menenangkan pak cik tersebut, kami terasa mendapat point untuk ‘mengerjakan’ para peserta dengan kejadian tersebut.




Walau apa pun yang berlaku, kami tetap meneruskan aktiviti dengan slot yang seterusnya iaitu slot yang bertemakan matlamat hidup. Aktiviti tersebut dinamakan sebagai Fight For Future dan ianya sengaja diletakkan nama tersebut untuk mendedahkan para peserta mengenai keseluruhan program walaupun pada waktu itu masih berbaki lagi satu hari untuk menghabiskannya. Tamatnya slotku, aktiviti Tali Kasih berlangsung sebagai penamat aktiviti pada hari itu. Perancangan kami pada awalnya slot diakhiri dengan aktiviti Fight For Future namun memandangkan aktiviti Tali Kasih lebih sesuai kerana aktiviti ini memerlukan para peserta berjalan pulang balik ke tempat asal kami iaitu di surau. Dengan itu, tamatlah program pada hari itu iaitu pada pukul 2.30 petang seperti yang tertera dalam tentatif. Keesokannya masih menanti dua lagi aktiviti dan berserta majlis penutup.
                                                                                                              
...Fight For Future.. 

24/10/2012

Hari kedua berlangsung dengan kehadiran peserta yang kurang memberangsangkan berbanding hari pertama. Peserta lelaki lebih ketara berbanding dengan peserta perempuan. Walau pun perkara ini terjadi, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskannya. Kami tidak berasa lebih selesa dengan keadaan itu yang mana lebih mudah untuk mengendalikan dengan jumlah yang lebih sedikit, namun fikiran lebih menumpukan terhadap kebimbangan kami dengan peserta yang tidak hadir itu tanpa diberikan sepenuhnya input yang kami ingin sampaikan selaras dengan tujuan hakiki kami ke sana. Aktiviti kemudian diteruskan dengan slot Kepimpinan iaitu memerlukan peserta bergerak ke luar kawasan sekolah. Keadaan di sini agak kurang terkawal kerana para peserta yang berpusu-pusu keluar dari surau dan ianya berdekatan dengan kelas-kelas yang menghadapi peperiksaan.

..macam mana nak jalan ni..

..Allahuakhbar..!

 Slot yang seterusnya ialah  LDK 6 iaitu Menara Impian. Aktiviti ini dikatakan sebagai pengakhiran semua slot kerana kami mengambil markah untuk di berikan hadiah berupa hamper kepada para peserta.

..kreatif..

..komitmen..

..kerjasama..

..hasilnya..

 Kemudian slot yang terakhir ialah Tokoh Saya yang merupakan slot yang terakhir sebelum tiba majlis penutup. Aktiviti ini berlangsung dalam surau memandangkan cuaca yang panas terik dan kebetulan pula majlis yang akan dimulakan selepas itu. Segala persiapan dilakukan ala kadar untuk menyambut kedatangan pengetua  dan ustaz sebagai iringannya. Keadaan agak kelam-kabut kerana pengetua yang hadir tidak sempat untuk menyertakan lagu iringan. Majlis diteruskan mengikut flow yang disusun kemudian penyampaian cenderahati, hadiah dan bergambar bersama pengetua. Kegembiraan jelas dilihat pada majlis penutup yang mana kami sama-sama bergambar sebagai kenangan. Kehadiran peserta yang menemui setiap fasilitator untuk mendapatkan maklumat diri kami semua menambahkan kesedihan untuk meninggalkan mereka. Kedengaran suara-suara pelajar yang menginginkan program seperti itu lagi menambahkan kesayuan kami dengan komitmen mereka. 

Selepas berakhirnya majlis penutup tersebut, kami bersiap-siap untuk pulang ke pangkuan kolej dan laporan program sememangnya melambai-lambai akan kehadiran kami. Kami sekali lagi di jemput untuk menikmati makan tengah hari buat kali terakhir. Setelah memastikan bilik dalam keadaan seperti yang mula-mula kami masuk, pulanglah kami dengan kelegaan. Terasa macam-macam perasaan yang sememangnya sukar untuk digambarkan. Semasa dalam perjalanan itu juga kami sempat membuat refleksi secara keseluruhan yang boleh juga diistilahkan sebagai post mortem untuk kami.

..Sesampainya di kolej..


--Alhamdulillah--

4:40 AM
8/11/2012






0 comments:

Post a Comment