rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, 7 November 2012

Program 2 Hari 1 Malam--SAM Parit Baru



..SAM Parit Baru..

Dapat menjejakkan kaki ke sekolah Agama menengah Parit Baru memberikan pengalaman yang sangat berharga dalam diri ini. Sekolah inilah juga yang menjadikan aku terfikir bahawa kesenangan tidak hadir secara bergolek kerana kami telah mengalami laluan sukar untuk mendapatkannya. Sekolah ini kami dapat seminggu sebelum berlangsungnya program.

Alasan kelewatan mendapat persetujuan daripada sekolah ini kerana kami terlebih dahulu memilih sekolah Menengah Dato’ Harun namun permintaan kami tersebut ditolak dengan berbagai-bagai alasan. Sebelum mendapat sekolah SAM Parit Barulah kami telah cuba mencari maklumat sekolah di dalam internet dan seterusnya menghubungi pihak sekolah tentang tujuan kami. Kebanyakan tidak dapat menerima pelawaan kami kerana memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan seperti musim peperiksaan, program sekolah yang sedia dan sebagainya. Sedikit demi sedikit aku semakin memahami alasan pihak sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun yang menafikan kunjungan kami kerana kebanyakan sekolah yang kami hubungi juga menyatakan perkara yang sama.

..SMK Dato' Harun..

Sebelum menerima sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah SAM Parit Baru, aku dapat mempelajari banyak perkara. Itu belum dikira dari segi pelaksanakan program. Aku semakin memahami akan tujuan kursus ini disertakan dalam silibus semester 5 Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Banyak perkara yang berlaku berkaitan dengan konsultasi yang bermula seawal hal pengurusan surat-menyurat. Kemesraan berkunjung ke pejabat fakulti jelas dapat dilihat kerana kami terpaksa turun dan naik ke sana selama dua minggu untuk mendapatkan surat yang dikeluarkan oleh pihak universiti untuk diberikan kepada pihak sekolah. Bukan semudah yang disangka untuk mendapatkan surat tersebut kerana kami terpaksa menunggu beberapa hari untuk mendapatkan surat yang lengkap ditandatangani oleh dekan fakulti. Kesibukan pihak fakulti juga kadang-kala menafikan hak kami yang mahukan sesuatu secara terburu-buru.

..pejabat fakulti..

Setelah mendapatkan pengesahan daripada kaunselor SAM Parit Baru akan kadatangan kami melalui telefon, kami merasakan lebih elok untuk bertemu mata agar menampakkan keseriusan dari pihak kami untuk melaksanakan program, lagipun aku merasakan perkara itu sepatutnya terkandung dalam perancangan kami kerana kursus inilah yang menuntut kami mengenal erti konsultasi. Sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju, kami beberapa kali tersesat kerana masing-masing baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Sesampainya di sekolah tersebut, kami di sambut ceria oleh guru bimbingan dan kaunseling sekolah iaitu Puan Zuraini yang sedia menunggu di bilik kaunseling.

..Pn. Nor Zuraini..

Keadaan bilik kaunseling yang menjadi tempat berbincang itu menggambarkan keadaan aku apabila berpraktikum dan berposting (insyaALLAH). Inilah perasaan aku pada ketika itu. Lagi pun beberapa pelajar yang ingin berjumpa dengan kaunselor tersebut atas urusan sedikit sebanyak menyuntik perasaan aku apabila berdepan dengan pelajar yang bermacam-macam masalah dan tingkah laku. Menurut Puan Zuraini juga, tempat yang kami berbincang itulah tempat yang selalu digunakan untuk mengadakan sesi kaunseling individu mahu pun kelompok. Aku mula berfikir tentang suasana yang terapeutik dalam bilik kaunseling...emm aku mula mengulam rasa.

..keadaan bilik kaunseling..


Setelah mengambil masa lebih kurang satu jam, kami dibawa berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah iaitu Puan Laila yang merangkap Penolong Kanan Akademik. Kami berasa bertuah kerana pihak mereka begitu berbesar hati menerima kedatangan kami yang mana natijahnya membawa nilai tambah bukan dari pihak kami semata-mata namun juga terpalit sama kepada pelajar-pelajar atau sasaran kami itu sendiri. Selain itu, kegembiraan kami juga semakin terpancar sinarnya kerana Puan Laila bertanyakan mengenai penginapan yang bakal kami diami. Kami mampu melebarkan senyuman kerana beliau menawarkan rumah warden yang terletak bersebelahan dengan bangunan asrama.

..rumah warden..

 Setelah mendapat keizinan melihat keadaan atau tempat yang bakal kami melaksanakan program, kami pulang dengan harapan hari yang ditunggu-tunggu nanti berjalan dengan lancar. Hanya doa menjadi teman rapat ketika ini kerana usaha itulah yang termampu kami lakukan.

Hari yang telah kami rancangkan kini telah tiba. Di awal perjalanan lagi kami mengharapkan semoga perjalanan program kami berjalan dengan lancar walaupun kami tahu laluan yang mudah dan senang itu belum menjadi milik kami. Seperti  yang diketahui, perjalanan memakan masa selama lebih kurang satu jam lebih tidak kami sia-siakan kerana sepanjang tempoh itu kami masih lagi membincangkan slot-slot yang bakal kami laksanakan. Hal ini kerana inilah pengalaman pertama kami untuk mengadakan program yang mana kami sendiri yang mengendalikan sepenuhnya tanpa melibatkan fasilitator tambahan. Kami akui ada kekangan untuk mendapatkan fasilitator tambahan dan ini tidak bermakna menghalang keyakinan kami untuk meneruskan perjuangan melangsungkan program tersebut.

..baju program..


...name tag kami berlima..

Setelah sampai di sekolah tersebut, kami disambut ceria oleh ketua asrama iaitu Ezaida. Dalam fikiranku, mungkin dia dah lama menunggu kedatangan kami. Rumah yang dimaksudkan itu sangat selesa dan luas. Kemudian kami di jemput untuk menikmati makan malam yang sudah sedia terhidang dalam rumah tersebut.

..Alhamdulillah..sesampainya kami..

..bersama ketua asrama yang sedang menyambut kami ketika ini..


..hidangan yang menyelerakan turut menanti suapan dari kami..terharu..!


23/10/2012
7.30pg

Keluarnya kami pada pagi itu dengan penuh keazaman agar program berjalan seperti yang diharapkan..

..Gantung banner

Pada hari pertama kami mengendalikan program, kami berjumpa terlebih dahulu dengan Ustaz yang menggantikan Cikgu Zuraini yang tidak dapat berjumpa dengan kami sepanjang program kerana ada urusan. Sebelum memulakan sebarang aktiviti pada hari itu, Ustaz Jalil terlebih dahulu memberi sedikit kata-katanya terhadap pelajar Tingkatan tiga yang berkumpul di dalam surau. Selepas itu, bermulalah aktiviti dengan ice breaking. Walaupun pelajar yang datang tidak mencukupi seperti yang telah dimaklumkan namun kehadiran mereka pada waktu itu sedikit sebanyak mendebarkan. Terfikir tentang penerimaan kami, komitmen yang diberikan dan macam-macam lagi. Apa pun program tetap di teruskan. Setelah itu semua fasilitator memperkenalkan diri. Pada awalnya kami dah terfikir untuk melakukan yang terbaik semasa slot ice breaking kerana 1ST impression dalam kalangan peserta sangat penting dalam meneruskan aktiviti yang lain.

..ustaz sedang memberikan taklimat ringkas..

..pelajar lelaki..

..pelajar perempuan..

Sesi Ice breaking bermula di luar kawasan sekolah seperti yang telah dirancang. Sebanyak dua aktiviti yang dilakukan iaitu Together We Strong dan Kamu Ahli Syurga. Aktiviti tersebut sedikit sebanyak melegakan kami setelah melihat keadaan para peserta yang mempamerkan wajah ceria. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan slot yang kedua iaitu Versus. Melalui aktiviti ini, dapat dilihat para peserta dapat memberikan komitmen masing-masing walau pun masalah tidak mempunyai kain penutup mata tidak menjadi masalah yang besar. Kertas A4 menjadi pengganti kepada kain penutup mata pada hari itu. Selepas itu para peserta dibenarkan untuk rehat seperti dalam jadual persekolahan mereka.


..elok-elok sambut, nanti pecah..


Sesi Ice breaking bermula di luar kawasan sekolah seperti yang telah dirancang. Sebanyak dua aktiviti yang dilakukan iaitu Together We Strong dan Kamu Ahli Syurga. Aktiviti tersebut sedikit sebanyak melegakan kami setelah melihat keadaan para peserta yang mempamerkan wajah ceria. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan slot yang kedua iaitu Versus. Melalui aktiviti ini, dapat dilihat para peserta dapat memberikan komitmen masing-masing walau pun masalah tidak mempunyai kain penutup mata tidak menjadi masalah yang besar. Kertas A4 menjadi pengganti kepada kain penutup mata pada hari itu. Selepas itu para peserta dibenarkan untuk rehat seperti dalam jadual persekolahan mereka.

..aikk, kenapa di bawah masih nampak..

..emm..sedapnya..

..err.. bulat.. bulat..

..hasilnya..

Semasa menungu ketibaan mereka berlaku kejadian diluar jangkaan kami di mana seorang  pak cik selaku pengawal yang berkawal di sekolah tersebut datang menerjah kami dan memberitahu dengan nada yang agak tinggi. Kami yang sedang menunggu kehadiran peserta pada waktu itu terkejut dengan kehadirannya walhal kami sendiri pun tidak menyangka perkara itu juga kami yang sepatutnya dipersalahkan. Pak cik tersebut menyatakan kekesalannya terhadap kami seolah-olah menafikan peranannya untuk dimaklumkan lebih awal kerana tanggungjawab yang dipikulnya amat berat sekiranya sesuatu yang  terjadi terhadap pelajar. Ini kerana ia melibatkan luar kawasan sekolah. Wajah pak cik itu menampakkan ianya sangat berang dengan tindakan beberapa pelajar yang kurang ajar dengannya. Selepas menenangkan pak cik tersebut, kami terasa mendapat point untuk ‘mengerjakan’ para peserta dengan kejadian tersebut.




Walau apa pun yang berlaku, kami tetap meneruskan aktiviti dengan slot yang seterusnya iaitu slot yang bertemakan matlamat hidup. Aktiviti tersebut dinamakan sebagai Fight For Future dan ianya sengaja diletakkan nama tersebut untuk mendedahkan para peserta mengenai keseluruhan program walaupun pada waktu itu masih berbaki lagi satu hari untuk menghabiskannya. Tamatnya slotku, aktiviti Tali Kasih berlangsung sebagai penamat aktiviti pada hari itu. Perancangan kami pada awalnya slot diakhiri dengan aktiviti Fight For Future namun memandangkan aktiviti Tali Kasih lebih sesuai kerana aktiviti ini memerlukan para peserta berjalan pulang balik ke tempat asal kami iaitu di surau. Dengan itu, tamatlah program pada hari itu iaitu pada pukul 2.30 petang seperti yang tertera dalam tentatif. Keesokannya masih menanti dua lagi aktiviti dan berserta majlis penutup.
                                                                                                              
...Fight For Future.. 

24/10/2012

Hari kedua berlangsung dengan kehadiran peserta yang kurang memberangsangkan berbanding hari pertama. Peserta lelaki lebih ketara berbanding dengan peserta perempuan. Walau pun perkara ini terjadi, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskannya. Kami tidak berasa lebih selesa dengan keadaan itu yang mana lebih mudah untuk mengendalikan dengan jumlah yang lebih sedikit, namun fikiran lebih menumpukan terhadap kebimbangan kami dengan peserta yang tidak hadir itu tanpa diberikan sepenuhnya input yang kami ingin sampaikan selaras dengan tujuan hakiki kami ke sana. Aktiviti kemudian diteruskan dengan slot Kepimpinan iaitu memerlukan peserta bergerak ke luar kawasan sekolah. Keadaan di sini agak kurang terkawal kerana para peserta yang berpusu-pusu keluar dari surau dan ianya berdekatan dengan kelas-kelas yang menghadapi peperiksaan.

..macam mana nak jalan ni..

..Allahuakhbar..!

 Slot yang seterusnya ialah  LDK 6 iaitu Menara Impian. Aktiviti ini dikatakan sebagai pengakhiran semua slot kerana kami mengambil markah untuk di berikan hadiah berupa hamper kepada para peserta.

..kreatif..

..komitmen..

..kerjasama..

..hasilnya..

 Kemudian slot yang terakhir ialah Tokoh Saya yang merupakan slot yang terakhir sebelum tiba majlis penutup. Aktiviti ini berlangsung dalam surau memandangkan cuaca yang panas terik dan kebetulan pula majlis yang akan dimulakan selepas itu. Segala persiapan dilakukan ala kadar untuk menyambut kedatangan pengetua  dan ustaz sebagai iringannya. Keadaan agak kelam-kabut kerana pengetua yang hadir tidak sempat untuk menyertakan lagu iringan. Majlis diteruskan mengikut flow yang disusun kemudian penyampaian cenderahati, hadiah dan bergambar bersama pengetua. Kegembiraan jelas dilihat pada majlis penutup yang mana kami sama-sama bergambar sebagai kenangan. Kehadiran peserta yang menemui setiap fasilitator untuk mendapatkan maklumat diri kami semua menambahkan kesedihan untuk meninggalkan mereka. Kedengaran suara-suara pelajar yang menginginkan program seperti itu lagi menambahkan kesayuan kami dengan komitmen mereka. 

Selepas berakhirnya majlis penutup tersebut, kami bersiap-siap untuk pulang ke pangkuan kolej dan laporan program sememangnya melambai-lambai akan kehadiran kami. Kami sekali lagi di jemput untuk menikmati makan tengah hari buat kali terakhir. Setelah memastikan bilik dalam keadaan seperti yang mula-mula kami masuk, pulanglah kami dengan kelegaan. Terasa macam-macam perasaan yang sememangnya sukar untuk digambarkan. Semasa dalam perjalanan itu juga kami sempat membuat refleksi secara keseluruhan yang boleh juga diistilahkan sebagai post mortem untuk kami.

..Sesampainya di kolej..


--Alhamdulillah--

4:40 AM
8/11/2012






SINOPSIS CERAMAH “Seronoknya Belajar”


Ceramah motivasi “Seronoknya Belajar” merupakan idea yang timbul oleh penceramah hasil kajian yang terdapat dalam diri sendiri dan juga setelah meninjau beberapa masalah orang sekeliling.

Ceramah ini menekankan bagaimana perasaan yang seronok, sedap, best itu yang akan timbul untuk belajar termasuklah mengulangkaji pelajaran, membaca, menghasilkan nota, mengadakan kumpulan perbincangan dan sebagainya. Modul ini juga terkandung cara yang tertentu dalam menggapai perasaan itu dan seterusanya dapat membantu pelajar mencapai matlamat dalam peperiksaan.

Sasaran modul ini diketengahkan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semua lapisan umur khususnya yang akan menghadapi peperiksaan yang terbesar iaitu UPSR, PMR, SPM, STPM, Matrikulasi mahu pun yang telah menjejakkan kaki ke universiti.

Keseronokan dalam belajar sebenarnya berseni dan seni tersebut terkandung dalam ceramah yang disampaikan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dalam mencapai kesoronokan tersebut dan seterusnya bibit-bibit motivasi akan hadir dalam diri para pelajar.

Jadi, sedikit sebanyak unsur sikap mempengaruhi darjah keseronokan tersebut. Sikap yang dikatakan bebas untuk ditentukan oleh setiap pelajar sama ada dia yang mahukan atau pun sebaliknya. Sekiranya dia memilih untuk seronok, maka seronoklah yang dia dapat dan jika sebaliknya maka itulah yang dia akan dapat.

salam motivasi ^^

2;17am
8/11/2012


Thursday, 1 November 2012

Disebalik Ceramah 30 Minit part Terakhir




Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 

Pada malamnya, iaitu sebelum tiba keesokannya aku menghadiri kelas minor yang dilakukan pada waktu malam. Selepas balik kelas aku terlupa kerana perlu menghadiri satu meting rakan Surau. Setelah tamat dalam lebih kurang jam 11.45, aku terus naik dan aku tidak terus untuk prepare tapi aku selesaikan beberapa kerja persatuan yang masih sedikit terbelangkalai. Sebelum aku tertidur, sempat lagi tengok jam, 1.05 pagi..huh..! slide ceramah belum siap lagi yang mana hyperlink yang tunggang terbalik berikutan penambahan beberapa slide.

Dalam hati ada bisikan ‘tak pe,’ esok kelas jam 11pagi. (dilarang tiru statement ni)

Selepas tu, terlenalah aku di hamparan biru-warna kesukaanku..! Enaknya..

Bila dah tersedar tu.. Alamak jam 6.20 pagi dah..! Hari dah cerah.. Tak sempat nak sahur la pulak..(macam tak niat nak puasa je tadi..hehe)

Selalu aku rasa gini.. Dah terlewat bagi aku.. Sedikit kecewa di sini.

Awal-awal lagi aku dah pun mengalami rasa yang tak seronok. Apabila permulaan hari dah rasa macam ni, biasanya sepanjang harilah aku rasa begini. Yang aku perasanlah.. Kebanyakan macam tu.

Seusai mengerjakan persiapan diri dengan solat subuh, sarapan, basuh baju dan sebagainya aku berazam untuk menyiapkan dengan kadar segera. Kadang-kadang gangguan dari luar seperti FB, YouTube dan sebagainya kurang mampu ditepis dengan jayanya.. Biasanya aku terleka. Walau pun mungkin ada perkara yang bermanfaat tapi waktu yang tak sesuai pulak..
                                                                                                   
Jam 9.10pg.

Alamak..! masa masih lagi berbaki satu jam! Jam 10.30 dah kena gerak..

Dengan seluruh kecekapanku, aku terus memecut, membuang mana yang tak perlu, ada yang tambah slide dan sebagainya.

Jam 10.20pg. Aku masih lagi terpacak depan laptop..

Melihatkan roommateku yang sedang bersiap-siap sedikit sebanyak menambah kegetaran gugupku ini..

Tu baru tengok dia, belum masuk tegur lagi.. seluruh pancaindera berperanan dengan cekapnya.

“Hai, kak Tiah g bersiap-siap..” (macam ni rasanya, aku pun lupa dah)

‘Dia mai dah.. Dia tegur aku lah!’

(Jap la.. dalam hati..hehe)

Aku gelak-gelak.

Jam10.30pg aku bersiap-siap mengenakan pakaian specialku yang sedia teriron..

Make up ala kadar..! Sekadar bedak berharga 3.90 dilumur. Entah rata atau tak itu tak penting, yang aku fikir sekarang aku dah pakai baju yang terbaik. Macam raya pula.. Tempias aura pakai baju raya 2 tahun lalu..

Kemudian cepat-cepat aku mendapatkan BFFku yang sangat kusayang.. Uncle Hond namanya (Si Hensemku) yang sedia tersidai kat bawah.. kesian pulak BFFku ni, semalaman kesejukan disirami gerimis dan embun yang dingin menggila (nah, ayat..!) Sekarang ni hari pun mencatatkan suhu yang semakin mula naik.

Bffku.. Tolong aku ye.. Buat kerja elok-elok. Aku cakap macam ni kerana tengok mood dia jugak, silap time dia meragam.. Ok! Aku dah mahu cop yang bukan-bukan. Negatif-negatif ni dah tak ada dalam hidupnya. Ok, ok, sorry ok!

Walau bagaimanapun Alhamdulillah.. Hari ni dia ok je.. Aku yang duk kalut kerana aku rasakan aku dah terlewat. Nak kena set up tempat lagi.. orang 1st pulak tu kena present..haii..(mengeluh nampak)

Dalam perjalanan, aku pecut sampai 100 dan mungkin lebih..heheh jarang sangat kelakuanku yang kurang manis ni.

Sesampainya aku di tempat kejadian..

Beberapa member yang dah berlalu meninggalkan aku dapat aku sertai mereka di tempat pakir motor.. Biar betul.

Dasyat jugak enjin WPT 3195 aku ni. Ni pertama kalinya aku test keserasian antara kelajuan enjin dengan meter motorku.. kelajuan enjin? Entah..

Aku bergegas ke tempat yang dituju..alamak kena tukar bilik pulak memandangkan ada masalah teknikal.

Keadaan aku pula tak payah nak cerita, seram sejuk panas ada semuanya. Rempahnya cukup membuatkan aku seperti ingin memasuki pertandingan pula..

Setelah sesi teknikal tamat dengan cemerlangnya, Pn tanya aku, nak mula ceramah tak hari ni?

Dalam hati ini, tak nakkkkkkkkkkk..!

Apakan daya.. Ini juga yang terluah

“Nak.. Saya cuba ek Pn.”

Tindakan berani mati ini aku terpaksa putuskan memandangkan aku punya alasan yang tersendiri kenapa aku lakukan juga walhal aku masih belum bersedia. Lagipun proses baik pulih teknikal sedikit sebanyak mencelaru emosiku.

Antara alasannya ialah aku mahu belajar paksa diri.

Aku juga nak tengok keberkesanan ceramah hasil daripada sikap aku yang sekiranya disuruh berceramah secara tiba-tiba, aku dah tidak akan teagak-agak selepas ini. Berkesan ke? Emm..


Namun, setelah selesai lebih dan kurang 30 minit, ada beberapa fakta yang masih tertinggal..

Terasa unfinished business kerana pembongkaran fakta yang ingin aku kongsikan bersama mereka tidak terlaksana. Ternyata sedikit mengecewakan.

Selepas berceramah, aku terima banyak surat cinta daripada kawan-kawan sekelas..

Surat-surat tersebut sudah sedia maklum merupakan arahan daripada puan yang mana setiap penceramah yang telah selesai berceramah, setiap orang perlu memberi komen.. 

Jadi inilah yang aku terima.. sememangnya korang pengkritik yang bertauliah.. Sebanyak 26 komen semuanya.. hah! terasa getaran sesudah berceramah hilang begitu sahaja melihatkan surat-surat yang diterima..

Tidak sabar untuk mengetahui isu surat tersebut..

(yang berwarna merah tu sebagai model je. ok)

Macam-macam yang diorang komen..

Ada yang agak panjang tapi aku suka..


 Yang seringkas-ringkasnya ni tak bermakna aku tak suka..


 Semuanya buat aku senyum sorang-sorang..



 Mentang-mentanglah ada sebut pasal ni dalam ceramah tu..


Yang kat atas ni sukar nak faham

 Kelakar



 Semuanya kerana mengimpikan yang satu ni..COUNSELOR THE BEST..!

Apa pun terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman.

Semuanya membuatkan aku rasa bersemangat untuk memperbaiki kelemahan yang telah dinyatakan..

Tanpa kritikan-kritikan yang terbina tu aku takkan sedar akan kelemahan yang telah dilakukan..

Bestlah kawan–kawan aku..!

Lecture paling best..! Terima kasih puan.

-tamat-


Khamis
11/10/2012

Disebalik Ceramah 30 Minit part 2




Pada hari yang seterusnya kelas masih berjalan seperti biasa. Aku salah seorang bakal penceramah yang telah dikira mengikut giliran. Namun kelas dimaklumkan tidak ada sesi ceramah dan hanya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn. Nazariah. Pada kali ini persediaan aku juga masih lagi pada tahap yang kurang memberangsangkan. Peratus persediaan aku pada kali ini semakin menampakkan kemajuan. Tapi aku tetap gelisah. Sekiranya ceramah tu nanti jadi, so gimana aku dong!

Sementara tunggu aku dan seorang sahabat yang tengah set up teknikal tu, Pn. Nazariah datang. Dia menerangkan serba sedikit mengenai view ceramah yang bakal kami sampaikan. Terasa seronok kerana ada teknik baru yang dapat didengar. Idea untuk menyampaikan ceramah tu terasa ada bibit percambahannya.

Antara perkara yang dihighlightkan di sini ialah beliau menekankan: 

-Masa ialah 30 minit.                    
-Ada Q & A,
-Melalui slide adanya pembukaan, isi dan penutup.

Cara penyampaian-komunikasi-niat untuk sharing-

Menurut Puan, nada suara atau tone setting akan terasa lain sekiranya ada niat untuk sharing

Gunakan Kemahiran Asas Kaunseling yang telah dipelajari.

Sekiranya ada pertanyaan, buat sedikit rumusan.

Tidak dilupa juga gunakan komunikasi dalam bahasa Inggeris seperti permulaan, perkenalkan diri dan penutup akhir sekali ucapkan terima kasih.

Alhamdulillah aku rasa ada input yang sangat berguna untuk aku pada hari ini.

Selepas Pn. Menghabiskan taklimatnya itu, aku terasa ingin berjumpa dengannya dan bertanyakan hasil kerja yang dah aku buat. Mungkin aku rasa dapat maklumat lebih sekiranya berjumpa secara face to face, namun rezeki tidak memihak padaku kali ini. Usaha aku pun setakat itu juga. Puan menghilang entah ke mana.

..bersambung..

Selasa,
9/10/2012