rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday 31 October 2012

MEREKA-Sahabatku




Salam buat semua..

Apa khabar hati?

‘Khabar baik’ hati menjawab..

Baik yang macam mana?

Baiklah..  

Semoga hati kita berada pada takuk yang sentiasa diredhaiNya. Sekiranya ia telah terlanjur kerana dipalit oleh pencemaran yang tidak disengajakan, kerana kitalah pendosa, kitalah lemah, kitalah hamba. Namun, kita sentiasa diberi peluang. Kembalilah kepada takuk yang asal, semoga mujahidah kita hidup.. sentiasa update dengan perkara yang mendekatkan diri kepadaNya. semoga keredhaan Allah SWT sentiasa mengekori.. insyaAllah. 

Kali ini ingin sekali mencoretkan sesuatu yang manis bagi diri ini.. memori yang mana diriku disambar oleh senior-senior sewaktu diri masih ‘suci’ diawal sem.

Teringat pula kala dulu-dulu, yang mana sesampainya diri ini di bumi pentarbiahan syuhada Islam..bumi Murobbi..bumi Tanjung Malim..

“Selamat datang Cikgu”

Inilah ucapan sulung yang disapa akak-akak fasilitator yang menjaga laluan untuk menuju ke bilik yang menjadi kediaman pada sem itu. Ulasan senyuman tak lekang di bibir, manis-manis semuanya. Mengenangkan semua itu, hati sangat berbunga kembang.. 

Sukar untuk digambarkan, betapa girangnya dapat memasuki menara gading.. Alhamdulillah..! termakbul juga cita-cita. Salah satu stage impian yang tercapai juga..

‘Tahniah sebab dapat masuk u..pasanglah niat masuk u nk belajar kerana Allah, semoga cemerlang dunia akhirat.’

Begitulah lebih kurang mesej yang kakakku hantar mengiringi pemergianku ketika dalam perjalanan semasa hari pendaftaran.. Akan ku ingatinya sampai bila-bila.

Walau pun ma dan abah tak datang untuk menghantarku, namun abah dah maklumkan bahawa abah hantarkan akak sebagai pengggantinya..

Aku fahaminya..

Tak pelah ma, abah..panjang umur, ore balik juga nanti..

Setelah menyalami seluruh keluarga yang menghantarkanku di perkarangan rumah. Aku menyalami abah, kemudian ma dan ku juga sertakan pelukan dan ciuman mengucapkan sambil mengatakan, 

“Terima kasih ma kerana lahirkan saya”
“Minta maaf banyak-banyak”
“Halalkan makan minum saya”
.......................................

Setelah melalui minggu suai kenal, kuliah-kuliah dengan rakan-rakan yang lain, aku juga cuba untuk melibatkan diri dengan persatuan di kolej. Latihan dan Pembangunan Sahsiah menjadi pilihan atas saranan beberapa JMK. Menjadi rexco (rakan Exco)sedikit sebanyak memperkenalkan diri ini dengan ilmu yang tidak ada dalam bilik kuliah.. 

Ilmu rajin

Ilmu sabar

Ilmu kepimpinan

Ilmu sahsiah

Ilmu ukhwah

Seronoknya ditambahi dengan sahabat-sahabat yang peramah dan senang untuk didekati.



Teringat pula mesej yang dihantar yang mana ada mengatakan nikmat yang kedua selepas nikmat Islam dan iman ialah mendapat teman yang solehah. Begitulah lebih kurang. 

Sahabat-sahabat inilah juga yang meringankan kakiku ke surau, memesrakan diri ini dengan aktiviti surau, mencampurkan aku dengan orang-orang yang baik2 sememangnya sesuatu yang manis..

Biah solehah inilah yang aku mula kenalinya.

Inilah yang hendak aku fokus pada kali ini. 

Persahabatan antara mereka terasa kesegarannya.. Segar yang macam mana?

Segar dan panas bukan macam mee segera. 

Sedap time panas je..

Bila dah sejuk, ia akan kembang, kuah jadi kurang, macam tak lalu je.. 

Jadi, bukan time berprogram pun kami masih rapat.. Aku belajar sesuatu tentang ukhwah dengan mereka.

Di sini aku sertakan titipan khas untuk kalian yang telah selesai menghabiskan praktikum..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabat-sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
terangi hati mereka dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati mereka,  perluaskanlah rezeki mereka, dekatkanlah hati mereka kepada kebaikan,
jauhkanlah hati mereka pada kejahatan, tunaikanlah hajat mereka baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat ......

Ya Muhaimin ...
Jika mereka jatuh hati izinkanlah mereka menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh mereka dalam jurang cinta nafsu ...
Jagalah hati mereka agar tidak berpaling daripada melabuhkan hati mereka pada hati-Mu.

Jika mereka rindu, rindukanlah mereka pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabat-sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabat-sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabat-sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah


Semoga praktikum kalian bukan setakat pada markah semata tapi nilai yang sangat berharga telah kalian dapat sepanjang berada di sekolah yang kalian dicampakkan.. insyaAllah.

Akhir sekali, doakanku juga ye sahabat-sahabat..



Illalliqo’

Disangkanya Aku Sekolah Rendah


Apa khabar buat pembaca budiman sekalian.

Pada entry kali ini ingin aku kisahkan mengenai cerita kelakarku yang tiba-tiba pula berlegar-legar di ruang sukma..hah..! Sukma kaunselor gitu..

Bukan apa, tadi aku ternampak sesuatu yang mengimbaukan aku dengan cerita ni.. Aku pun apa lagi, tersenyum-senyum sendirilah.. Hai, nasiblah sesiapa yang tengok aku, mesti terpaksa mengerahkan otak untuk fikir yang bukan-bukan, anggap aku ni sengetlah, tak de ribut, tak de hujan tetiba pula senyum-senyum seladang.

Cerita ni berlaku sewaktu aku form6..tahun 2007 kalau tak silap..

Hujan turun renyai-renyai. (macam cerpen kan). Aku membelah hujan dengan selambanya. Pakaian biru yang lengkap berkasut tidak menjadi masalah untukku mengatur langkah menuju ke tempat menunggu teksi. Aku berjalan di sebelah kiri jalan memandangkan simpang tiga yang bakal aku tempuhi itu, akanku belok ke kiri pula. 

Dengan kusyuknya aku berjalan kerana simpang yang bakal kutempuhi tinggal beberapa langkah sahaja lagi, tetiba terdengar bunyi hon kereta. Aku toleh ke sebelah kanan. Ada kereta kenari hitam yang pemandunya melihat aku dengan penuh pengharapan. Dia mengangguk seraya tangannya memberi isyarat supaya menaiki keretanya.(Jujurnya sangkaanku kali ini). Aku pula tanpa fikir panjang terus membuka pintu kereta dan duduk di sebelah pemandu wanita tersebut. Tiada sesiapa kecuali aku dan dia.. 

Suspennya..!

Aku dengan tahap kerakusan yang rendah melangkahkan kaki menaiki kereta untuk ke sekolah dengan hembusan air cond yang dingin. 

Setelah duduk dengan selesanya, kami berbual tapi aku sendiri pun lupa perkara yang disembangkan. Aku lupa dah dialog yang sebetulnya namun secara ringkasnya aku ada cakap yang aku bersekolah di SMK Ketereh. Dia toleh wajah aku dengan penuh perasaan setelah aku cakap nama sekolah aku. Aku dapat agak dia mengalami perasaan itu.

Aku semakin mengerti dengan keadaan lalu turun dari kereta.. alamak.. malunya..!

"Err.. Terima Kasih banyak-banyak cikgu."  Itulah yang termampu.

Rupanya dia tu cikgu di Sekolah Kebangsaan Kok Lanas..! Itu sekolah rendah la. 

Pada perkiraanku, mungkin dia ingatkan aku ni bersekolah di sekolah rendah yang berjawatan sebagai pengawas atau pengawas perpustakaan memandangkan uniform aku pakai ini sama dengan kebanyakan murid di sekolah dia.

Mungkin dia fikir, 'patutlah dia jalan sebelah kanan, rupanya nak ke sekolah yang berada di sebelah kanan.' (mungkinlah)

Haha. Malunya tak boleh nak cakap. Nak katanya aku ni tak kenal sangat cikgu-cikgu yang selain daripada mengajar form6. Maklumlah pelajar yang baru pindah memang macam tu.

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke sekolah pada hari itu dengan senyuman yang melebar.

Dari penulis >>Maaflah kalau cerita tak berapa best dan kelakar kerana aku lupa dialog yang sebenarnya. Namun kejadian tu memang tak dapat dilupakan. 

Apa pun terima kasih buat cikgu tu kerana sudi menumpangkan 'anak murid'nya supaya tidak basah kehujanan.

Semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita semua.

-salam ceria-

2.07 a.m.
KHAR
1/11/2012

Aku Sebagai Fasilitator Kaunseling Kelompok




Pada hari ini aku bertuah kerana berpeluang menjadi fasilitator kelompok bagi group aku. Kebetulan aku dah lama mengidamkannya sejak mendengar cakap-cakap dari group lain. Awal-awal lagi aku diminta oleh cik Faizura untuk mengetuai kelompok. Aku pun tak pasti sebab cik Faizura memilih aku. Mungkin dia tengok aku ni hyperaktif kot.. padahal..emm.. Akulah paling pemalu..hehe

Saya cuba..! kataku dengan yakin pada cik Faizura yang kusayang itu..

Setelah aku ambil masa lima minit sebelum mulanya kelompok yang akan aku handle, aku rangka secara ringkas perkara yang akan aku perkatakan sambil dibantu oleh cik Faizura sendiri.

Sambil tu cik Faizura juga ada mengatakan,
“Bantu Salasiah ya kawan-kawan yang lain.”

Haha.. nak tergelak aku.. hancuss la..

'Aku boleh.. ya Siti Thalathiah boleh, sayangku..!'

Bisikan-bisikan liar yang merosakkan tetap menerawang di minda.. namun tetap ku tepis walaupun tak banyak.

Aku cuba sedaya yang mampu..

Setelah ambil posisi yang terbaik, duduk dengan selesa, tangan diletakkan di atas paha, aku mula mengatur bicaraku yang kurang tersusun itu..

Setelah 20 saat berlalu..

“Aaaah...!”

Apa yang terjadi?

Aku nak mula semula..! Sebab ayat yang keluar dari mulut ini sangatlah tunggang terbalik posisinya.

Cik Faizura sedikit tergelak (rasanyalah) dan diiringi pujiannya macam biasa. Sangatlah pemurah dengan pujian. Itu yang aku respect. 

Aku mula semula..

Kali ini aku nampak wajah mereka semuanya serius. Aku pula yang tidak keruan.. Rupa-rupanya semua tu berupa sandiwara kerana lebih kurang 5 minit sesi kelompok berlangsung, mulalah buat perangai masing-masing.. 

Macam-macam kerenah yang aku kena layan. Ada yang buat-buat diam, ada yang tertahan-tahan dengan kesenyapannya, ada yang sememangnya pendiam..!

Diam pun susah, bising pun susah, semuanya ada teknik yang tersendiri sebenarnya. 

Setelah tamat sesi pada hari itu aku dapat banyak benda baru.. Semoga input tersebut kalis di mindaku. Aku sedar, segalanya perlu aku outputkannya dengan praktis..!

Antara pelajaran yang aku dapat ialah :
1) Jangan takut membuat silap
2) Tingkatkan peratus kemahiran kaunseling dalam kehidupan sehari-hari
3) Kaunseling kelompok lebih mudah untuk mengendalikannya berbanding dengan kaunseling individu
4) Dll

Nantikan giliran masing-masing. Semuanya menjanjikan keseronokan hingga menjilat jari..!

Makmal Kelompok
17/10/2012

Pentingnya Kasih Sayang Ayah




‘Didik anak perempuan supaya rapat dengan ayah dari kecil sampai remaja dan dewasa. Kalau kita lihat ramai antara kita yang rapat dan mesra time kecil je, bila dah akil baligh, mula jauhkan diri dengan ayah. Tidak kira ayah yang jauhkan diri atau anak tu sendiri. Inilah kebanyakan yang berlaku dalam masyarakat kita.'

Teringat pula aku dengan isi ceramah yang di sampaikan ketika Program Bicara Wanita..

‘Sebenarnya kalau kita rapat dengan ayah dari kecil sampai besar, kita dapat bina jati diri yang kuat dan juga sebagai benteng kepada lelaki lain..’

Terujaku merangsang dan mengiakan fakta ini..

Aku mula menilai, sekiranya kasih sayang ayah tu kuat, dia tak perlu lagi mengisi kekosongan itu dengan mencari lelaki lain untuk kasih dan dikasihi tanpa landasan yang sebetulnya.

Sama-sama kita muhasabah diri.. Menginsafi gejala sosial yang berlaku antara sebabnya ialah kekurangan kasih sayang daripada kedua ibu bapa.

Selamat beramal..
*sayang abah sokmo

BeLearning1, 
Sabtu, 
13/10/2012