rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday 31 October 2012

MEREKA-Sahabatku




Salam buat semua..

Apa khabar hati?

‘Khabar baik’ hati menjawab..

Baik yang macam mana?

Baiklah..  

Semoga hati kita berada pada takuk yang sentiasa diredhaiNya. Sekiranya ia telah terlanjur kerana dipalit oleh pencemaran yang tidak disengajakan, kerana kitalah pendosa, kitalah lemah, kitalah hamba. Namun, kita sentiasa diberi peluang. Kembalilah kepada takuk yang asal, semoga mujahidah kita hidup.. sentiasa update dengan perkara yang mendekatkan diri kepadaNya. semoga keredhaan Allah SWT sentiasa mengekori.. insyaAllah. 

Kali ini ingin sekali mencoretkan sesuatu yang manis bagi diri ini.. memori yang mana diriku disambar oleh senior-senior sewaktu diri masih ‘suci’ diawal sem.

Teringat pula kala dulu-dulu, yang mana sesampainya diri ini di bumi pentarbiahan syuhada Islam..bumi Murobbi..bumi Tanjung Malim..

“Selamat datang Cikgu”

Inilah ucapan sulung yang disapa akak-akak fasilitator yang menjaga laluan untuk menuju ke bilik yang menjadi kediaman pada sem itu. Ulasan senyuman tak lekang di bibir, manis-manis semuanya. Mengenangkan semua itu, hati sangat berbunga kembang.. 

Sukar untuk digambarkan, betapa girangnya dapat memasuki menara gading.. Alhamdulillah..! termakbul juga cita-cita. Salah satu stage impian yang tercapai juga..

‘Tahniah sebab dapat masuk u..pasanglah niat masuk u nk belajar kerana Allah, semoga cemerlang dunia akhirat.’

Begitulah lebih kurang mesej yang kakakku hantar mengiringi pemergianku ketika dalam perjalanan semasa hari pendaftaran.. Akan ku ingatinya sampai bila-bila.

Walau pun ma dan abah tak datang untuk menghantarku, namun abah dah maklumkan bahawa abah hantarkan akak sebagai pengggantinya..

Aku fahaminya..

Tak pelah ma, abah..panjang umur, ore balik juga nanti..

Setelah menyalami seluruh keluarga yang menghantarkanku di perkarangan rumah. Aku menyalami abah, kemudian ma dan ku juga sertakan pelukan dan ciuman mengucapkan sambil mengatakan, 

“Terima kasih ma kerana lahirkan saya”
“Minta maaf banyak-banyak”
“Halalkan makan minum saya”
.......................................

Setelah melalui minggu suai kenal, kuliah-kuliah dengan rakan-rakan yang lain, aku juga cuba untuk melibatkan diri dengan persatuan di kolej. Latihan dan Pembangunan Sahsiah menjadi pilihan atas saranan beberapa JMK. Menjadi rexco (rakan Exco)sedikit sebanyak memperkenalkan diri ini dengan ilmu yang tidak ada dalam bilik kuliah.. 

Ilmu rajin

Ilmu sabar

Ilmu kepimpinan

Ilmu sahsiah

Ilmu ukhwah

Seronoknya ditambahi dengan sahabat-sahabat yang peramah dan senang untuk didekati.



Teringat pula mesej yang dihantar yang mana ada mengatakan nikmat yang kedua selepas nikmat Islam dan iman ialah mendapat teman yang solehah. Begitulah lebih kurang. 

Sahabat-sahabat inilah juga yang meringankan kakiku ke surau, memesrakan diri ini dengan aktiviti surau, mencampurkan aku dengan orang-orang yang baik2 sememangnya sesuatu yang manis..

Biah solehah inilah yang aku mula kenalinya.

Inilah yang hendak aku fokus pada kali ini. 

Persahabatan antara mereka terasa kesegarannya.. Segar yang macam mana?

Segar dan panas bukan macam mee segera. 

Sedap time panas je..

Bila dah sejuk, ia akan kembang, kuah jadi kurang, macam tak lalu je.. 

Jadi, bukan time berprogram pun kami masih rapat.. Aku belajar sesuatu tentang ukhwah dengan mereka.

Di sini aku sertakan titipan khas untuk kalian yang telah selesai menghabiskan praktikum..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabat-sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
terangi hati mereka dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati mereka,  perluaskanlah rezeki mereka, dekatkanlah hati mereka kepada kebaikan,
jauhkanlah hati mereka pada kejahatan, tunaikanlah hajat mereka baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat ......

Ya Muhaimin ...
Jika mereka jatuh hati izinkanlah mereka menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh mereka dalam jurang cinta nafsu ...
Jagalah hati mereka agar tidak berpaling daripada melabuhkan hati mereka pada hati-Mu.

Jika mereka rindu, rindukanlah mereka pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabat-sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabat-sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabat-sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah


Semoga praktikum kalian bukan setakat pada markah semata tapi nilai yang sangat berharga telah kalian dapat sepanjang berada di sekolah yang kalian dicampakkan.. insyaAllah.

Akhir sekali, doakanku juga ye sahabat-sahabat..



Illalliqo’

0 comments:

Post a Comment