Salam buat semua..
Hari ini aku rasa mood aku untuk menulis entri begitu
membuak-buak. InsyaAllah ada sesuatu yang ingin aku sampaikan dalam kolum
ini..
“Persediaan untuk menjadi kaunselor harus bermula
dari sekarang. Dah kena tunjuk sifat-sifat kaunselor itu dalam diri setiap
orang”.
Itulah kata-kata yang begitu regular dek pendengaran.
Alhamdulillah terasa peringatan itu dicharge setiap masa. Cuma tindakan yang
bersepadu je yang masih lagi longgar.
So, apa perancangan untuk menjadi kaunselor?
Aku mula terfikir untuk..
Ini menurut firasat akulah..
Aku kena selalu jumpa kaunselor. Bila masuk bab
jumpa kaunselor, kotak memori ni tersinggah pula satu kisah tu iaitu aku semasa
aku terringankan kaki bertandang ke bilik kaunseling.
Aku buat appointment
dulu sebelum terjah bilik kaunseling.
Beberapa digit nombor aku tekan pada keypad telefon.
“Assalamualaikum, hello?”
“Waalaikumussalam.
Kaunseling. Boleh saya bantu?
“Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan cik
Fatin?
“Ni dah salah nombor, nombor cik Fatin boleh disambung kepada 8990”
“Ok terima kasih”
Setelah cik Fatin berada di talian
“Hello, boleh saya bercakap dengan cik Fatin?
“Hello, ya saya. Boleh saya bantu?
“Saya Salasiah. Boleh tak saya jumpa cik esok?
“Nak buat sesi kaunseling ke?”
“Lebih kurang la.”
“Ok.”
“Jam berapa awak free?”
“Jam 9 boleh?
“Ok, boleh.”
Dup.. Dap..
Tiba-tiba pula terasa debarnya. Aku nak bagi tahu
masalah apa pulak kali ni?
Tak pelah yang penting aku kena betul-betul buat
aku ni memang bermasalah nanti kalau aku bongkar rahsia ni jadi tak genuine pulak. Aiyak.. susahlah kalau
macam ni.
Melalui masalah tu juga aku nak belajar, belajar
dan belajar.. Belajar macam mana untuk menghadapi klien. Biar aku hadam semua
tu. Biar aku semakin jauh dalam memahami erti jemu untuk terus berlatih,
berlatih dan berlatih.
Itu pasal jumpa kaunselor, aku yang kena jadi
kaunselor belum kira lagi keperluan semua tu..
Yang ni lagi lah kena praktisnya..
Praktis supaya aku tidak bercakap tersekat-sekat,
kekurangan idea, tidak dapat menguasai klien, gugup, dan sebagainya. Aissyy,
banyak lagi tu.
Selain tu juga, dari sekarang ini juga aku kena create
modul-modulku sendiri, kena cari supaya ia lebih kreatif, segar dan sangat
menceriakan untuk dipersembahkan kat klien atau pelajar-pelajar. Apa yang
penting impaknya yang berjaya menyelami hati-hati peserta.
Apa lagi ye persediaan untuk bakal kaunselor ni..
Haa.. Aku kena bagi ceramah..!
Yang ni aku kena praktis lebih ni. Sangat-sangat.
Semua tu memang kena berlatih dari sekarang.. SEKARANG Salasiah..!
Tengok cara kaunselor-kaunselor lain bagi ceramah.
Cara dia kendalikan audiens dengan bersahaja, gaya
yang tersendiri dan sebagainya.
Apa pun sambungan cerita di atas akan dapat diikuti
dalam part yang akan datang.. InsyaALLAH semoga ketemu lagi..
10.07pm
31/10/12
0 comments:
Post a Comment