rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Tuesday 30 October 2012

Pengenalan Blog






Tahniah..tahniah..tahniah diucapkan buat kalian kerana berjaya mendarat pada tapak buruk pemilik seketika hambaSiKaunselor ini..

Bersuanya kita di sini kerana ingin sekali penulis mencurahkan segala isi yang terjeruk di hati pada lembah bicara tanpa suara ini..

Buat pertama kalinya penulis ingin menyatakan pengenalan bagi laman ini yang mana dicipta untuk memberi info-info yang merangkumi aspek bimbingan dan kaunseling dan mungkin ada juga yang selain itu.

Tidak dilupa juga ingin sekali menyatakan tujuan hakiki penulis menghasilkan blog ini iaitu tidak lain tidak bukan iaitu untuk menyempurnakan tuntutan tugasan bagi subjek Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah.

Segala tulisan yang bakal dan dah tercoret di sini sebenarnya ada yang disalin dari tulisan orang lain yang berupa fakta-fakta dan cerita-cerita yang dikisahkan sendiri juga semuanya kegunaan sang penulis dan sekiranya ada yang berkenan, bolehlah dimanfaatkan bersama.. Orite?

BERKELANA DI LAUTAN PELAJARAN KEHIDUPAN..! Mungkin ada yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai kenyataan yang dianggap keramat oleh penulis ini..

Alhamdulillah, frasa-frasa yang terluah tersebut merupakan ilham yang telah dipinjamkan oleh Yang Maha Esa sebagai pencetus untuk penulis melancarkan gerakan jari-jari ini seterusnya menyampaikan maksud yang ingin dikongsikan bersama bagi menyempurnakan agenda penulis sebagai bakal motivator, penulis, guru bimbingan dan kaunseling, fasilitator dan sewaktu dengannya..

Sekiranya ada yang mengatakan penulis terlalu awal meletakkan sasaran tersebut namun hakikatnya penulis sekarang bertatih menghala ke destinasi itu..!

Mungkin inilah wadah yang dicari-cari oleh pelajar sekolah, bakal kaunselor, fasilitator, bakal guru bimbingan dan kaunseling, konsultan, bakal pelajar pendidikan bimbingan dan kaunseling dan sebagainya..

Semoga bermanfaat dan selamat beramal..!

-Salam motivasi-
Sabtu
20/10/2012

0 comments:

Post a Comment