Pada hari yang seterusnya kelas
masih berjalan seperti biasa. Aku salah seorang bakal penceramah yang telah
dikira mengikut giliran. Namun kelas dimaklumkan tidak ada sesi ceramah dan
hanya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn. Nazariah. Pada kali ini
persediaan aku juga masih lagi pada tahap yang kurang memberangsangkan. Peratus
persediaan aku pada kali ini semakin menampakkan kemajuan. Tapi aku tetap
gelisah. Sekiranya ceramah tu nanti jadi, so gimana aku dong!
Sementara tunggu aku dan seorang
sahabat yang tengah set up teknikal
tu, Pn. Nazariah datang. Dia menerangkan serba sedikit mengenai view ceramah
yang bakal kami sampaikan. Terasa seronok kerana ada teknik baru yang dapat
didengar. Idea untuk menyampaikan ceramah tu terasa ada bibit percambahannya.
Antara perkara yang dihighlightkan di sini ialah beliau
menekankan:
-Masa ialah 30
minit.
-Ada Q & A,
-Melalui slide adanya pembukaan, isi dan penutup.
Cara penyampaian-komunikasi-niat untuk
sharing-
Menurut Puan, nada suara atau tone setting akan terasa lain sekiranya
ada niat untuk sharing.
Gunakan Kemahiran Asas Kaunseling
yang telah dipelajari.
Sekiranya ada pertanyaan, buat
sedikit rumusan.
Tidak dilupa juga gunakan komunikasi
dalam bahasa Inggeris seperti permulaan, perkenalkan diri dan penutup akhir
sekali ucapkan terima kasih.
Alhamdulillah aku rasa ada input
yang sangat berguna untuk aku pada hari ini.
Selepas Pn. Menghabiskan
taklimatnya itu, aku terasa ingin berjumpa dengannya dan bertanyakan hasil
kerja yang dah aku buat. Mungkin aku rasa dapat maklumat lebih sekiranya
berjumpa secara face to face, namun
rezeki tidak memihak padaku kali ini. Usaha aku pun setakat itu juga. Puan
menghilang entah ke mana.
..bersambung..
Selasa,
9/10/2012
0 comments:
Post a Comment