rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Monday 7 January 2013

Aspek Budaya "Taare Zameen Par"




Aspek budaya yang terdapat dalam filem Taare Zamen Par dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu di rumah, masyarakat dan sekolah.  

DI RUMAH

1.    Anak-anak diasuh untuk mencuci tangan sebelum makan.
2.    Menyiapkan kerja rumah sebelum keluar rumah
3.    Menanggalkan uniform sekolah apabila pulang dari sekolah
4.    Suri rumah yang menyediakan sarapan pagi untuk keluarga sebelum suami dan anak-anak keluar dari rumah.
5.    Budaya menaiki bas ke sekolah
6.    Menghantar suami yang keluar bekerja dan anak yang ke sekolah
7.    Ibu lebih memanjakan anak berbanding dengan ayah yang tegas
8.    Budaya kasih sayang yang diterapkan di rumah

BUDAYA DALAM MASYARAKAT

1.    Buli merupakan budaya yang berlaku dalam filem ini yang mana Ishaan yang dipukul oleh sekumpulan rakan-rakan yang agak ganas perlakuannya.
2.    Budaya ke rumah keluarga yang mana Ishaan yang teruk dipukul serang jiran
3.    Budaya masyarakat kebanyakannya menghantar atau memindahkan ke sekolah berasrama penuh. Perkara ini sama yang berlaku dalam masyarakat orang melayu yang menghantar anak ke sekolah agama atau pondok. Harapan mereka yang mahukan anak mereka akan berubah atau menjadi lebih baik.
4.    Budaya masyarakat seperti ibu bapa yang mementingkan pencapaian akademik semata-mata tanpa mengambil kira keupayaan dan kemampuan seseorang anak. Contohnya abang Ishan yang selalu mendapat pujian daripada ibu dan bapanya kerana presasi yang cemerlang dalam peperiksaan.

BUDAYA DI SEKOLAH

1.    Budaya menolong kawan semasa dalam kelas
2.    Melakukan dendaan kepada pelajar yang lemah
3.    Budaya bekerja sebagai buruh yang berlaku di bandar yang sedang pesat membangun.
4.    Budaya menaiki bas ke sekolah
5.  Murid-murid yang tidak berminat ke sekolah dan memonteng dengan menggunakan alasan demam.
6.    Ibu yang terus marah tanpa mengira perasaan anak
7.    Budaya sukar untuk sesuaikan diri setelah pindah ke sekolah baru
8.    Budaya menolong adik ketika dalam kesusahan
9.    Kasih sayang abang terhadap adik
10.  Menyambut perayaan di sekolah


REFLEKSI ANDA TENTANG FILEM TERSEBUT

Menonton filem “Taare Zameen Par” yang bermaksud bintang di bumi hasil karya Aamer Khan sangat terkesan dalam diri ini kerana inilah kali kedua saya menonton filem tersebut. Mungkin pada kali yang pertama saya hanya melihat dari satu sudut sahaja iaitu dari segi penggurusan pembelajaran atau lebih kepada mengkali kecerdasan pelbagai. Namun pada kali ini saya mula melihat dari segi budaya yang mana pelbagai aspek yang dapat saya kelaskan iaitu budaya di rumah, budaya dalam masyarakat dan budaya.

            Sepanjang melihat filem ini, iaitu dari awal hingga akhir seolah-olah saya tidak mahu terlepas daripada tayangannya di mata saya kerana setiap scean yang dipaparkan semuanya cerita utama yang ingin dikisahkan lebih-lebih lagi menonton bersama-sama dengan rakan sekelas yang sedikit sebanyak mempengaruhi suasana. Ada part yang membuatkan saya terhibur, seperti nyanyian dan lagak bersahaja yang dilakonkan oleh watak utamanya iaitu Ishaan. Penceritaannya juga banyak memerlukan air mata untuk diraikan bersama-sama dengan babak yang memilukan. Rakan-rakan yang lain juga turut menghayati kesedihan itu membuatkan saya turut sebak.

Perasaan terharu, geram, gembira semuanya ada dalam diri saya sepanjang hampir 3 jam saya mengadap skrin layar tersebut. Ada part yang membuatkan saya begitu bahagia apabila ada paparan babak yang menyentuh aspek kekeluargaan yang ditekankan dalam sebuah keluarga. Tugas yang digalas oleh seorang suri rumah juga mengingatkan saya kepada emak saya yang mana begitu tekun melaksanakan tugas hakiki dengan penuh bertanggungjawab. Sifat kewanitaan itu juga terkesan dan menyelit dalam diri saya yang mana keberadaan isteri di sisi suami dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak. Didikan di rumah secara tidak formal seperti membasuh tangan sebelum makan, menanggalkan pakaian sekolah setelah pulang dari sekolah dan sebagainya turut dimasukkan dalam filem ini.   

Selain itu kekaguman diri saya jelas dapat dirasai kerana Ram Shakar atau guru muziknya yang dikatakan mampu membuat pelajarnya kembali ceria dan bersemangat kerana Ishaan yang sering murung, tidak berminat ke sekolah dan Ram Shakar mampu menyelesaikan masalah yang dikatakan agak kritikal yang tidak diketahui oleh seluruh keluarga sendiri. 

Pada satu part yang mana saya turut tertanya-tanya keberkesanan yang dialami oleh Ishaan apabila cikgunya itu melakukan pelbagai perkara untuknya. Saya turut tersenyum puas apabila Ishaan yang memberi reaksi dengan senyuman buat kali pertama setelah Ram Shakar yang menerangkan mengenai masalah disleksia dan turut memberi contoh beberapa tokoh yang mengalami masalah yang sama.


IMPAK TERHADAP KERJAYA ANDA SEBAGAI KAUNSELOR

Sebagai seorang bakal kaunselor, fiem ini memberi impak terhadap diri saya. Saya turut terfikir bahawa inilah gambaran awal mengenai situasi di sekolah yang bakal saya ditempatkan kelak. Pelbagai sudut yang dapat saya cungkil yang merangkumi aspek kerjaya sebagai kaunselor. Aspek tersebut termasuklah yang pertama sekali karakter kaunselor itu sendiri, persekitaran sekolah termasuk guru-guru dan pelajar lain, ibu bapa, masyarakat di sekeliling dan sebagainya. Kesemua ini sangat berkait rapat dengan kaunselor. Komitmen sebagai kaunselor sangat dituntut demi menjadi seorang kaunselor yang efektif. Filem tersebut juga dapat membuka mata saya bahawa kerjaya sebagai seorang kaunselor bukanlah suatu kerjaya yang mudah. Ianya memerlukan seluruh kepakaran dalam mengubah masyarakat bukan hanya terhadap pelajar, malah persekitaran yang signifikan termasuklah guru-guru lain dan ibu bapa.

            Antara sikap yang perlu ada dalam seorang kaunselor ialah penyabar. Sikap inilah yang perlu sebati dalam diri kaunselor dalam menghadapi kerenah klien termasuklah ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Kesabaran yang ditonjolkan dalam filem tersebut turut memberi kesan terhadap diri saya yang mana kaunselor sememangnya memerlukan hati yang kebal untuk menghadapi segala permasalahan.

            Selain itu, sikap lain yang memberi impak terhadap bakal kaunselor seperti saya ialah empati. Empati dalam bidang kaunseling ialah bermaksud kaunselor menyelami permasalahan klien dan menempatkan dirinya dalam situasi klien. Sifat ini ada dalam diri cikgu Ishaan iaitu Ram Shakar. Dia merasa sangat sedih, simpati dan seterusnya empati dengan kejadian yang menimpa Ishaan yang dikatakan mengalami masalah pembelajaran. 

            Kekreatifan dalam method pembelajaran juga dikatakan sangat dituntut oleh seorang guru lebih-lebih lagi seorang kaunselor kerana pendekatan yang pelbagai perlu dititik beratkan untuk memupuk minat pelajar kerana setiap manusia dikatakan mempunyai kecerdasan pelbagai seperti teori Steven Harvard. Ini dapat dilihat yang mana Ram Shakar yang menganjurkan satu pertandingan melukis di peringkat sekolah yang turut disertai oleh pelajar dan guru dan ibu bapa.

            Berusaha membantu masalah yang dialami oleh pelajar dengan sepenuh hati. Ini termasuklah menyiasat pelajar yang bermasalah untuk mengetahui punca yang sebenar. Ram Shakar dikatakan mengajar pelajaran yang ringkas berkaitan dengan disleksia dalam kelas sehingga memberi kesan ke atas Ishaan dan dari situlah dia membantu sedayanya dengan mengajar membaca dan mengira sedikit demi sedikit termasuklah cara yang melibatkan sentuhan, pendengaran, pergerakan dan teknik penghafalan.

       Tugas kaunselor yang dikatakan turut dimasukkan dalam cerita itu termasuklah menyedarkan ibu bapa mengenai permasalah yang dialami oleh anak. Menukarkan anak ke sekolah asrama bukanlah satu keputusan yang tepat untuk menyedarkan anak kerana Ishaan sebenarnya ke sekolah pendidikan khas. Pada awalnya ibu bapa Ishaan tidak dapat menerima kenyataan dengan masalah yang dialami anaknya itu.

            Selain itu, sebagai kaunselor juga perlunya mengetahui masalah-masalah berkaitan abnormal seperti yang telah dipelajari sebelum bergelar kaunselor iaitu masalah ketidakmampuan Ishaan dalam masalah pembelajaran ialah berkaitan dengan abnormal. Jadi, sebagai kaunselor, masalah-masalah abnormal lain perlu dihadam dan dikesan supaya tidak timbul masalah sosial lain dan sebagainya. 


~assignment~
Pelbagai budaya, semester 5, 2012


0 comments:

Post a Comment