rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday 31 October 2012

Saya Cinta Masalah-RSK





Apa kaitan dengan cerita yang akan kukisahkan ini? Jom selami ayat demi ayat yang sedia terhidang di bawah.. 

InsyaAllah mungkin sedikit sebanyak di akhirnya ada sekelumit manfaat untuk kita kongsikan bersama.
.
Kemasukan pelajar diploma tidak lama lagi akan berlangsung dan dalam benakku, (macam nak tulis cerpen pula.hehe) ada perkiraan untuk menyertainya lagi. Sekiranya aku sertainya bermakna kali ketiga aku menjadi RSK atau nama lainnya ialah Rakan Suai Kenal yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Pelajar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). 

Tanpa berfikir panjang aku terus mendaftarkan diri. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut tidak bermakna aku tidak fikir apa-apa. Mesti akan ada masalah, mesti akan ada konflik tentang diriku sendiri, kepenatan fizikal dan mental dan sebagainya. 

Namun aku mula tersenyum bila fikirkan kemanisannya. Begitulah, kepahitan akan dibalas dengan kemanisan. Adilnya Yang Maha Sempurna. 

Lagipun aku punyai misi yang tersendiri sebab aku menyertainya.. Akan aku bongkarkan antara misiku. Selain melengkapkan diri dengan ramuan yang berbentuk rempah fasilitator, aku hendak mendedahkan diri dengan sajian masalah untuk mematangkan diriku yang aku rasakan masih lagi mentah dan putik. Lebih-lebih lagi pengetahuanku.

Selain itu juga, macam-macam yang aku belajar iaitu seperti ilmu kepimpinan, berorganisasi, keyakinan, keberanian, ukhwah dan macam-macam lagi. Selagi diriku bernafas di UPSI, biar aku masakkan diri dengan perkara-perkara sebegini. 

Satu lagi alasan yang aku dapat kongsikan ialah aku ingin membiasakan diriku dengan lelaki-lelaki ajnabi yang akan aku berkongsi sekretariat dengannya nanti. Membiasakan diri yang macam mana? Dilarang salah baca pula ye.. Membiasakan diri untuk terpelihara. Menguatkan jati diri agar nafsu tidak bolos singgah ke merata-rata tempat larangan.

Itulah salah satu cara untuk mengajar aku berkawan dengan lelaki atas dasar urusan yang dibenarkan. Ini tidak bermakna aku mengambil kesempatan namun, itulah cara untuk aku didik diri bahawa lelaki dan perempuan sebenarnya diciptakan untuk melengkapi antara satu sama lain tapi semuanya ada cara dan landasannya yang tersendiri. Garis panduannya sentiasa ada, InsyaAllah sahabat-sahabat doakanku agar beristiqomah.

Di sinilah prapraktikalnya. Di luar sana lagi hebat cabaran yang mana bakal mensukadukakan hati aku, jadi lebih baik aku persiapkan diri awal-awal. Walaupun aku sendiri selalu berdepan dengan halangan dengan diriku sendiri yang selalu pemalu tak bertempat, tidak berkeyakinan dan sebagainya namun kadang-kala aku melalui proses kesilapan yang selalu berkunjung tiba..  aku ulangi proses kesilapan.. itulah proses kehidupan iaitu melakukan kesilapan.. ya.. aku mulai belajar iaitu kesilapan ialah proses. So, jangan takut untuk melalui proses tersebut.

Melihatkan gelagat orang pun proses belajar juga.

Kesimpulannya.. join RSK begitu best.. Masalah yang dilalui sebenarnya menyeronokkan kerana setiap masalah yang berlaku semua ada penyelesaiannya.. Walaupun proses mendapatkannya terasa sukar, ketahuilah kemanisan sentiasa mengiringi. Malah kemanisan itu semakin bergula sekiranya kita rapat dengan Pencipta Yang Maha Penyayang.. 

Semuanya bergantung pada diri sendiri dan ianya bermula dari niat kita.


SELAMAT BERAMAL DAN BERMOTIVASI

Misi hakiki---> perbaiki diri dan serulah kepada orang lain-

KHAR,
27/10/2012

1 comments:

Unknown said...

:)

Post a Comment