rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Thursday, 1 November 2012

Disebalik Ceramah 30 Minit part 2




Pada hari yang seterusnya kelas masih berjalan seperti biasa. Aku salah seorang bakal penceramah yang telah dikira mengikut giliran. Namun kelas dimaklumkan tidak ada sesi ceramah dan hanya mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn. Nazariah. Pada kali ini persediaan aku juga masih lagi pada tahap yang kurang memberangsangkan. Peratus persediaan aku pada kali ini semakin menampakkan kemajuan. Tapi aku tetap gelisah. Sekiranya ceramah tu nanti jadi, so gimana aku dong!

Sementara tunggu aku dan seorang sahabat yang tengah set up teknikal tu, Pn. Nazariah datang. Dia menerangkan serba sedikit mengenai view ceramah yang bakal kami sampaikan. Terasa seronok kerana ada teknik baru yang dapat didengar. Idea untuk menyampaikan ceramah tu terasa ada bibit percambahannya.

Antara perkara yang dihighlightkan di sini ialah beliau menekankan: 

-Masa ialah 30 minit.                    
-Ada Q & A,
-Melalui slide adanya pembukaan, isi dan penutup.

Cara penyampaian-komunikasi-niat untuk sharing-

Menurut Puan, nada suara atau tone setting akan terasa lain sekiranya ada niat untuk sharing. 

Gunakan Kemahiran Asas Kaunseling yang telah dipelajari.

Sekiranya ada pertanyaan, buat sedikit rumusan.

Tidak dilupa juga gunakan komunikasi dalam bahasa Inggeris seperti permulaan, perkenalkan diri dan penutup akhir sekali ucapkan terima kasih.

Alhamdulillah aku rasa ada input yang sangat berguna untuk aku pada hari ini.

Selepas Pn. Menghabiskan taklimatnya itu, aku terasa ingin berjumpa dengannya dan bertanyakan hasil kerja yang dah aku buat. Mungkin aku rasa dapat maklumat lebih sekiranya berjumpa secara face to face, namun rezeki tidak memihak padaku kali ini. Usaha aku pun setakat itu juga. Puan menghilang entah ke mana.

..bersambung..

Selasa,
9/10/2012

Disebalik Ceramah 30 minit part 1




Hari ini merupakan ceramah yang sepatutnya aku sampaikan.. Kiranya turn aku dah sampai..

Agak formal jugaklah pakaian aku kali ini memandangkan aspek pakaian juga ditekankan.

Lepas tu, nak diceritakan bahawa lecture yang nak nilai aku pada kali ini tak dapat datang.

Ada seorang lelaki yang masuk mengambil kedatangan kami pada hari ini dan dialah yang menerangkan bahawa ceramah kami yang merupakan assignment individu itu akan dinilai oleh Pn. Nazariah dan juga lecture akan di ambil alih oleh Tn. Hj Mohd Noor. 

So, pada hari ini rasa syukur jugak kerana 80% kemungkinan tak jadi. Memang betullah sangkaanku itu..  

Selepas dapat tahu tu, terus berazam untuk prepare. Harap azam tidak keseorangan lagi.. 

Nantikan sambungan cerita ini..


Isnin
8/10/2012
 

Persediaan Menjadi Kaunselor Part 2



 Alamak, jam menunjukkan angka 9 pagi.. aku terlewat lagi kali ni. 

Lantas aku call cik Fatin lagi untuk mengesahkan kehadiranku sekejap lagi, aku tak nak dilabel sebagai klien yang menipu kata nak datang tapi sebaliknya. So lebih baik aku yakinkannya awal-awal.

Sesampainya aku di sana.

‘Cik Fatin, bilik kaunseling kat mana?’ Aku cuba bertanya melalui corong telefon. Bukan kali pertama  aku mengunjungi bilik kaunseling namun keadaan bangunan yang sedang di renovate itulah yang mengelirukan sistem GPS mindaku yang sebelum ini sudah terhafal..

Setelah sampai di bilik kaunseling, aku disambut ceria oleh seorang wanita. 

Mungkin inilah agaknya cik Fatin yang agak aku cam suaranya. 

“Maaf cik Fatin, saya ada hal tadi.”

“Ok, tak pe.”

Dia terus bawa aku ke biliknya dan memetik butang kunci dalam..glupp!

Tanpa disangka, dia mempelawa aku menjamah kuih yang berada dalam plastik. Sebotol air mineral turut dihidangkan.

“Tak pelah cik Fatin, saya dah beli tadi, belum makan je lagi.”

Sambil aku mengisi borang dan penstrukturan informed consent, aku dapat mengagak yang dia tengah memerhatikan lagak aku. (bukan nak perasan, namun hakikatnya macam tulah). Ekor mataku memainkan peranan utama ketika itu. 

“Lajunya.” Dia menegur setelah melihat tindakan aku yang cekapnya mengisi butir-butir peribadi. 

Hehe.. Aku berseringai.

Saat-saat yang ditunggu kini telah tiba..

Dia mula bersuara.. Inilah skrip yang kebiasaannya itu sudah sedia kuhafal.

“Ok, apa yang awak nak ceritakan kat saya?”

Lalu aku dengan memegang watak sebagai klien kali ini menceritakan segala perasaan, pengalaman, dan sebagainya.

Sampai pada suatu part tu aku bagi tahu..

“Cik, ini cerita sebenar saya, saya tak tipu tau, kataku setelah cik Fatin mengajukan beberapa soalan. 

“Ya, dari cara yang saya lihat, saya dapat baca yang awak pun ada keinginan nak belajar jadi klien macam yang sebelum-sebelum ini. Saya tak kisah cuma saya harap apa yang awak ceritakan ni merupakan cerita yang benar-benar berlaku.”

“Ya cik, memang saya ceritakan perkara yang benar-benar berlaku, sememangnya mengganggu fikiran saya.”

Tetiba sahaja aku rasa nak nangis kat depan kaunselor waktu tu. Nangis pasal aku tak tipu je..

Kenapa pula kesedihan mengenai masalah aku ini secara automatiknya terselindung setelah aku berada di hadapannya?

Aku pun tak pasti..

Yang pasti, untuk pengetahuan pembaca sekalian, percayalah, aku tak tipu, aku pergi jumpa kaunselor bukan semata-mata membawa isu yang palsu untuk belajar menjadi klien. Ok!

Setelah kaunselor muda itu agak mempercayai kata-kataku, dia teruskan sesi pada kali ini. 

Apa pun, apa yang aku nak sampaikan kat sini, ada sesuatu yang aku dapat bawa pulang setelah keluar dari bilik kaunseling..yesss..!

Sedikit-sebanyak aku dapat mencuri ilmu yang sebenarnya bukan niat aku untuk berbuat demikian..

‘Cik Fatin, belahlah dada saya, saya nak buktikan bahawa saya sememangnya nak bagi tahu masalah yang sebenarnya kat cik Fatin. Ia benar-benar menganggu emosi saya. Sekiranya ada unsur-unsur yang membuktikan saya ini hanyalah pelakon, itu hanyalah secara kebetulan.

Contohnya “Saya tengok cara awak pun saya dah dapat agak yang awak ni..”

Kesimpulannya..

Persediaan menjadi kaunselor bermula dari sekarang..!



Wednesday, 31 October 2012

MEREKA-Sahabatku




Salam buat semua..

Apa khabar hati?

‘Khabar baik’ hati menjawab..

Baik yang macam mana?

Baiklah..  

Semoga hati kita berada pada takuk yang sentiasa diredhaiNya. Sekiranya ia telah terlanjur kerana dipalit oleh pencemaran yang tidak disengajakan, kerana kitalah pendosa, kitalah lemah, kitalah hamba. Namun, kita sentiasa diberi peluang. Kembalilah kepada takuk yang asal, semoga mujahidah kita hidup.. sentiasa update dengan perkara yang mendekatkan diri kepadaNya. semoga keredhaan Allah SWT sentiasa mengekori.. insyaAllah. 

Kali ini ingin sekali mencoretkan sesuatu yang manis bagi diri ini.. memori yang mana diriku disambar oleh senior-senior sewaktu diri masih ‘suci’ diawal sem.

Teringat pula kala dulu-dulu, yang mana sesampainya diri ini di bumi pentarbiahan syuhada Islam..bumi Murobbi..bumi Tanjung Malim..

“Selamat datang Cikgu”

Inilah ucapan sulung yang disapa akak-akak fasilitator yang menjaga laluan untuk menuju ke bilik yang menjadi kediaman pada sem itu. Ulasan senyuman tak lekang di bibir, manis-manis semuanya. Mengenangkan semua itu, hati sangat berbunga kembang.. 

Sukar untuk digambarkan, betapa girangnya dapat memasuki menara gading.. Alhamdulillah..! termakbul juga cita-cita. Salah satu stage impian yang tercapai juga..

‘Tahniah sebab dapat masuk u..pasanglah niat masuk u nk belajar kerana Allah, semoga cemerlang dunia akhirat.’

Begitulah lebih kurang mesej yang kakakku hantar mengiringi pemergianku ketika dalam perjalanan semasa hari pendaftaran.. Akan ku ingatinya sampai bila-bila.

Walau pun ma dan abah tak datang untuk menghantarku, namun abah dah maklumkan bahawa abah hantarkan akak sebagai pengggantinya..

Aku fahaminya..

Tak pelah ma, abah..panjang umur, ore balik juga nanti..

Setelah menyalami seluruh keluarga yang menghantarkanku di perkarangan rumah. Aku menyalami abah, kemudian ma dan ku juga sertakan pelukan dan ciuman mengucapkan sambil mengatakan, 

“Terima kasih ma kerana lahirkan saya”
“Minta maaf banyak-banyak”
“Halalkan makan minum saya”
.......................................

Setelah melalui minggu suai kenal, kuliah-kuliah dengan rakan-rakan yang lain, aku juga cuba untuk melibatkan diri dengan persatuan di kolej. Latihan dan Pembangunan Sahsiah menjadi pilihan atas saranan beberapa JMK. Menjadi rexco (rakan Exco)sedikit sebanyak memperkenalkan diri ini dengan ilmu yang tidak ada dalam bilik kuliah.. 

Ilmu rajin

Ilmu sabar

Ilmu kepimpinan

Ilmu sahsiah

Ilmu ukhwah

Seronoknya ditambahi dengan sahabat-sahabat yang peramah dan senang untuk didekati.



Teringat pula mesej yang dihantar yang mana ada mengatakan nikmat yang kedua selepas nikmat Islam dan iman ialah mendapat teman yang solehah. Begitulah lebih kurang. 

Sahabat-sahabat inilah juga yang meringankan kakiku ke surau, memesrakan diri ini dengan aktiviti surau, mencampurkan aku dengan orang-orang yang baik2 sememangnya sesuatu yang manis..

Biah solehah inilah yang aku mula kenalinya.

Inilah yang hendak aku fokus pada kali ini. 

Persahabatan antara mereka terasa kesegarannya.. Segar yang macam mana?

Segar dan panas bukan macam mee segera. 

Sedap time panas je..

Bila dah sejuk, ia akan kembang, kuah jadi kurang, macam tak lalu je.. 

Jadi, bukan time berprogram pun kami masih rapat.. Aku belajar sesuatu tentang ukhwah dengan mereka.

Di sini aku sertakan titipan khas untuk kalian yang telah selesai menghabiskan praktikum..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabat-sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
terangi hati mereka dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hati mereka,  perluaskanlah rezeki mereka, dekatkanlah hati mereka kepada kebaikan,
jauhkanlah hati mereka pada kejahatan, tunaikanlah hajat mereka baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat ......

Ya Muhaimin ...
Jika mereka jatuh hati izinkanlah mereka menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh mereka dalam jurang cinta nafsu ...
Jagalah hati mereka agar tidak berpaling daripada melabuhkan hati mereka pada hati-Mu.

Jika mereka rindu, rindukanlah mereka pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabat-sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabat-sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabat-sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah


Semoga praktikum kalian bukan setakat pada markah semata tapi nilai yang sangat berharga telah kalian dapat sepanjang berada di sekolah yang kalian dicampakkan.. insyaAllah.

Akhir sekali, doakanku juga ye sahabat-sahabat..



Illalliqo’